Those who believe and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah: for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction. Surah Ar-Ra'd Ayat 28 translated by Yusuf Ali. Atau dalam bahasa Melayu nya, Ingat Allah, hati akan tenang.

Friday, December 24, 2010

PETUA TRADISIONAL : UNTUK HILANGKAN LINGKARAN GELAP DI BAWAH MATA

Mata panda, siapa yang tak pernah kena.
Termasuklah saya.
Macam sengal je bila pagi-pagi bangun, tengok-tengok mata macam mata panda
Oh nooooooo...
What should i do? ( ceh..tiba-tiba nak speaking pula, gedik sungguh kamu)

Mata panda ini terjadi disebabkan banyak faktor
Ia mungkin terjadi kerana tempoh tidur anda kurang dari 7 jam
Dan ianya mungkin juga akan berlaku disebabkan anda meminum air suam
ataupun air yang sewaktu dengannya 1 jam sebelum anda ingin masuk beradu

Jadi penyelesaiannya adalah DAUN PUDINA(a.k.a peppermint)
Daun pudina?
Tak kenal?
Meh sini, saya tunjukkan

Dia datang dari sini
Mula-mula korang ambik dalam 7 atau 11 ulas daun
Pastu pergi basuh
Dah habis basuh, pergi ambik lesung batu
Dan kasi hentak sama itu daun sampai lumat (sampai dia berair-air)
Pastu tempek dekat keliling mata korang dalam jangka masa 5 hingga 15 minit.
Senang je kan?
So, tunggu apa lagi. Selamat mencuba.

Daun pudina ni, korang boleh je dapatkan di kedai-kedai supermarket.
Macam saya, selalu pergi Jusco Seremban 2 untuk dapatkan stok.
Tapi sejak kebelakangan ini, saya sudah jadi pemalas.
Maka, tiada lagilah treatment mata pudina.

Nota : Jangan jadi macam saya. Rajin-rajinkan lah diri anda jika ingin berketrampilan menarik.

2 comments:

  1. ahhaha . bek ambik ubat gigi kat tndas uh tepek kat bwh mata . ade peppermint xPPPP

    ReplyDelete
  2. err...pe kata erin try dulu pastu baru akak try lepas tau result dia la..hehe
    kalau muka erin jadi teruk tumbuh jerawat ke apa ke sebab pakai ubat gigi...akak tak nak la try ;)

    ReplyDelete