Sebelum sampai Taiping, memang saya dah 'aim' nak pergi Taman Tasik Taiping ni sebab orang kata tempat ni cun.
Memang cun gua cakap dengan lu beb!
Taman tasik ni dibuka pada tahun 1880. Dah 130 tahun wei!
Kalau korang nak tahu, taman tasik taiping ni terbentuk daripada bekas lombong bijih timah tau!
Sebab tu lah, banyak tasik dekat sini.
Pemandangan dia pun cantik.
Rasa aman dan tenteram je.
Kalau sebelum ni korang pernah baca artikel Zoo Taiping, mesti korang ingat lagi apa yang saya cakapkan.
Keluasan taman tasik ni mencapai sehingga 62 hektar. Hektar tu beb! Bukan meter.
Bayangkanlah betapa besarnya.
Dekat sini siap ada permainan kayak dan 'kayuh itik' lagi.
Seronok!
Untuk main 'kayuh itik' hanya perlu bayar RM10 sahaja untuk dua orang.
| Kehijauan..saya suka ^^ |
| Inilah jejaka bertuah saya...haha..kalau ada jodoh tak ke mana ^^ |
| Damai je |
| Itik pulang petang |
Link yang bersangkut-paut :
Tempat menarik di Perak : Istana Kenangan,Kuala Kangsar
No comments:
Post a Comment