Those who believe and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah: for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction. Surah Ar-Ra'd Ayat 28 translated by Yusuf Ali. Atau dalam bahasa Melayu nya, Ingat Allah, hati akan tenang.

Sunday, December 19, 2010

TEMPAT MENARIK DI PERAK : ZOO TAIPING

Zoo Taiping ni sebenarnya terletak di dalam kawasan Taman Tasik Taiping tau!
Serious saya cakap,
Tak pernah sangka yang Taman Tasik Taiping sebesar itu
Teramatlah besar

Zoo Taiping ini akan tutup pada pukul 6 petang sehingga 8 malam
Jadi, tak payah lah nak menyibukkan diri ke zoo pada masa tersebut
Baik pergi Masjid nun, sembahyang Maghrib secara berjemaah
Hehe..

Zoo Taiping Vs Zoo Melaka

1. Zoo Taiping lagi besar dari Zoo Melaka
2. Zoo Melaka lebih menarik dari Zoo Taiping
3. Zoo Taiping lebih lawa dari Zoo Melaka tapi sayang, terbiar
4. Zoo Melaka mempunyai lebih banyak binatang dari Zoo Taiping
5. Zoo Taiping lebih redup dan selesa untuk dijelajahi kerana dibumbungi dengan pokok-pokok
6. Kandang haiwan di Zoo Melaka lebih bersih dan terjaga dari Zoo Taiping
7. Tiket di Zoo Taiping lebih murah jika anda adalah penduduk Taiping, daripada tiket Zoo Melaka

Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Jom tengok binatang apa yang terdapat di Zoo Taiping ni

Ini kucing liar
Rasa macam nak bela satu
Tapi bila memikirkan
Kucing biasa pun asyik kena cakar je
Inikan kucing liar
Siap-siap haribulan
Boleh masuk wad nanti
Nehe! Nehe!

Ini pula adalah chimpanzee!

Kaum kerabat orang utan

Ikan Arowana
Gila ar
Ikan Arowana dekat sini
Memang besar-besar
Rasanya, kalau ada yang 'menjatuhkan' diri ke dalam kolam ni
Memang arwah la

Ungka Tangan Putih?
Tak pernah tengok pun ungka kaler putih ni
Selalu warna standard dia je lah
Hitam

Nampak macam comel la pulak..Hehe

Rusa Ubi?? Rusa pun ada ubi? =="

Monyet!
Binatang ni lar yang paling bebas sekali dekat dalam Zoo Taiping ni
Pergi mana-mana pun
Mesti terserempak dengan binatang ni
Siap bertempek dekat dalam kandang binatang lain pulak tu

Amaran: Jangan membawa makanan semasa anda sedang berjalan-jalan didalam Zoo Taiping.
              Kalau rasa nak kena kejar dengan monyet, boleh la buat.

White Lion
Dengar cerita singa putih ni
Jarang dan susah nak dapat
Memang ni kali pertama saya nampak binatang ni
Sebelum ni, dekat Zoo Melaka tak ada pun binatang singa putih ni

Anak Singa kot..Dah lupa la dia ni anak kepada siapa
Nampak comel sesangat
Rasa macam nak kidnap satu
Kawan saya, Liyana dan Fara
Dengan berani mendukung dia
Saya berani sentuh je
Hehe..
Bulu dia kesat tak lembut pun
Kalau ada sesiapa yang nak dukung dia ni, lepas tu pergi lah tandas ya untuk cuci tangan
Busuk! Hehe...

Memerang!
Comel!
Sumpah dia memang comel
Dan binatang yang paling sporting sekali!
Siap buat show lagi depan kitaorang
Cayalah!
SAYA CINTA PADAMU, MEMERANG!

Macam dekat pulau je
Cantik!
Memang cantik
Nampak seakan-akan bintang tu semua terdampar di suatu pulau
Kalau tak silap, ada zirafah, burung unta dan banyak lagi

Pandangan dari sisi belakang


Beruang Matahari
Nampak macam pemalas yang amat
Ni lah pose yang paling saya suka sekali

Rusa Ubi tadi..hehe
Burung Kenyalang
Faber Castell..haha
Wajib di setiap Zoo Malaysia

Comel walaupun ganas

Kangaroo
Tak sangka dekat Zoo Taiping ni
Ada kangaroo
Tapi sayang, kangaroo dekat sini kurus-kurus
Macam tidak dijaga dengan baik

                                                                                                              TAMMAT

Nota : Kepada pihak pengurusan, sila lebih bertanggungjawab dan manage kembali Zoo Taiping ini. Zoo Taiping adalah zoo yang cantik tapi disebabkan tiada penjagaan yang rapi, ia menjadi buruk.

Kata-kata : Semua gambar di ambil dengan guna pakai kamera handphone. Kamera ayahku membuat mogok tanpa notis 24 jam. Sigh ~_~

4 comments:

  1. salam.. sya terbaca blog ni.. ada sedikit pembetulan. ikan besar yang adik sebut di atas tu bukan arowana, tetapi arapaima. sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Anonymous :

    Oh saya tak ingat apa nama dia...terima kasih sebab tolong tegurkan :))

    ReplyDelete
  3. PelikBinAjaib.com :

    Betul tu, rugi kalau tak pergi :)

    ReplyDelete